ASK MR AADK | Program Psikospiritual Membantu Kepulihan Klien | Edisi 2 Febuari 2023

📚Pendekatan rawatan dan pemulihan dadah yang dilaksanakan di AADK adalah pendekatan menyeluruh merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual seseorang klien. Salah satu pendekatan yang dilaksanakan adalah melalui program psikospiritual yang dilaksanakan kepada klien sedang menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN. Ia bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam membentuk persekitaran, emosi dan tingkah laku yang lebih baik sepanjang klien mengikuti rawatan dan pemulihan bersama AADK.

📚Segmen Ask Mr. AADK kali ini akan bersama Ustaz Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan, Ibu Pejabat AADK bagi menjawab soalan keluarga yang ingin mengetahui berkaitan program kerohanian yang disediakan di PUSPEN.

📚Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235.

Accessibility Toolbar