ASK MR AADK | Edisi 3 Januari 2022

Pencegahan merupakan tindakan utama dalam menangani sesuatu isu sosial dan dalam kontaks penyalahgunaan dadah ia bertujuan memutuskan rantaian permintaan terhadap dadah itu sendiri. Di samping itu, dalam menangani isu penyalahgunaan dadah ia juga memerlukan tindakan bersepadu sama ada oleh individu yang telah terlibat, keluarga dan komuniti. Ask MrAADK bersama Ketua Penolong Pengarah Pencegahan, Mahadzir Elias yang telah ditemuramah dalam program MyDigital KKMM yang mengulas soalan seperti berikut:

1) Apakah fungsi pencegahan AADK?

2) Apakah strategi pendidikan pencegahan AADK?

3) Kawasan berisiko tinggi dan apakah program dilaksanakan?

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar