AJK Kelab Kebajikan dan Sukan AADK baharu dibentuk

Oleh: Nabil Ahmad

KAJANG, 3 Mac 2023 – Mesyuarat Agung (Pemilihan) Kelab Kebajikan dan Sukan AADK bagi sesi 2023 sehingga 2025 telah berlangsung di Auditorium Blok A Ibu Pejabat pada Jumaat.

Mesyuarat selama dua jam itu menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) sesi 2021 -2023 dan sesi pemilihan serta pembentukan AJK baharu untuk sesi 2023 sehingga 2025.

Dalam sesi pemilihan itu, Penolong Pengarah Unit Integriti I, Muhammad Ramlan bin Syed Ahamed dilantik sebagai Pengerusi kelab bagi sesi 2023 hingga 2025.

Terdahulu, Penaung Kelab Kebajikan dan Sukan AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon turut menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan sukan antara bahagian serta sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa KELAB AADK sesi terdahulu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar