Adab terhadap kerja

Oleh: Nabil Aziz

Kajang, 8 April 2023 – Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, perkhidmatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Auditorium Ibu pejabat AADK, turut dipenuhi oleh warga kerja yang telah kembali dari cuti perayaan bagi mengahadiri perhimpunan bulanan yang diadakan pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon  mengingatkan kepada semua warga kerja agar membudayakan adab terhadap kerja.

“Adab ini amat mustahak untuk membantu perilaku kita melaksanakan tindakan-tindakan yang positif”, katanya ketika menyampaikan amanat.

Turut hadir pada perhimpunan kali ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan AADK, Ahmad Musadad Sulaiman.

Accessibility Toolbar