AADK zahir ucapan terima kasih kepada bekas KSU KDN

Oleh: Amir Zahien Amran | Ahmad Ajwad Azman

PUTRAJAYA 20 Februari 2023 – Seluruh warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan ucapan  terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz sepanjang menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tunjuk ajar dan nasihat yang disampaikan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sentiasa jadi ingatan kami warga AADK.

Semoga perhubungan ini tidak terhenti di sini dan pastinya Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan terus berada di posisi lebih hebat dibawah naungan Dato’ Sri Ketua Pengarah.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin hadir meraikan Dato’ Sri dalam Majlis Jasamu Dikenang anjuran KDN di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, pada Isnin.

Selamat maju jaya dan semoga bertemu lagi.

Accessibility Toolbar