AADK teroka industri koko

Oleh: Nabil Aziz

KAJANG,  16 Februari 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Ibu Pejabat AADK, di sini pada khamis.

Pertemuan yang julung kali diadakan bertujuan membina kolaboratif dan meneroka ilmu baharu melibatkan kedua-dua pihak.

Selain itu, pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu membuka peluang baharu kepada AADK untuk meneroka bidang penanaman koko yang boleh diimplimentasikan kepada klien AADK melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) dan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) menerusi modul Latihan Kemahiran dan Vokasional.

Inisiatif itu dilaksanakan AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Pejabat AADK Daerah yang bersesuai.

Delegasi LKM diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Ramle Kasin bersama tiga pegawai.

Dalam sesi itu, LKM turut menyatakan kesediaan untuk membantu AADK merealisasikan projek jangka panjang berkenaan.

Terdahulu, taklimat berkenaan LKM disampaikan Pengurus Pusat LKM Jengka, Dr. Rozita Osman.

Accessibility Toolbar