AADK Sedia Sembilan Aktiviti Rai Bulan Ramadan

Kajang, 8 April 2021 – Sempena dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program Ihya Ramadan peringkat ibu pejabat.

Program berkenaan diadakan bertujuan mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan keseronokan untuk beramal ibadat dalam bulan Ramadan.

Selain itu, program tersebut juga bagi menghayati serta menginsafi orang yang berada dalam kesusahan melalui amalan berpuasa selain melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan warga AADK.

Program Ihya Ramadan merupakan antara aktiviti tahunan yang diadakan di Ibu pejabat AADK dan dilaksanakan bagi meningkatkan semangat ukhuwah dan mewujudkan keharmonian dalam kalangan warga AADK.

Ia juga diadakan sebagai satu wadah kerohanian dalam menghayati kepentingan, keberkatan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulam Ramadan.

Menerusi program ini juga, sebanyak sembilan aktiviti akan diadakan dan hari ini berlangsung Ceramah Ambang Ramadan yang disampaikan oleh penceramah selebriti, Imam Muda Asyraf.

Berikut merupakan cadangan aktiviti yang akan diadakan sempena dengan program Ihya Ramadan peringkat AADK

Accessibility Toolbar