AADK sasar 20 Peratus lagi capaian MRT AADK

Oleh: Siti Syakilah Muhd Khir | Ahmad Ajwad bin Azman

KAJANG, 9 Januari 2023- Agensi Antidaah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sebanyak 20 peratus capaian perkhidmatan bergerak Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) bagi kategori klien komuniti yang bukan klien AADK serta klien daripada agensi lain seperti Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun ini.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, sasaran itu diletakan selepas AADK berjaya menyebarluas perkhidmatan itu kepada 3,444 orang melebihi sasaran awal pada tahun 2022.

Katanya, pada Jun 2022, sebanyak 9 peratus atau 1,427 orang disasarkan untuk mendapatkan capaian perkhidmatan itu di seluruh negara.

โ€œDalam kita mengetengahkan perkhidmatan kepada klien sedia ada iaitu Klien Dalam Komuniti dan Klien Dalam Institusi, tumpuan untuk membantu mereka yang sukar mendapatkan perkhidmatan merawat pulih di fasiliti AADK turut menjadi keutamaan pada tahun 2022.

โ€œPerkara itu diterjemahkan dengan mewujudkan perkhidmatan secara bergerak iaitu Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) yang dilancarkan pada Mei 2022,โ€ katanya ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu sempena Perhimpunan Bulanan (Januari) di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, perbelanjaan peruntukan mengurus bagi tahun 2022 mencapai 99 peratus berbanding 97.82 peratus pada tahun sebelumnya.

โ€œPrestasi perbelanjaan Pusat Tanggungjawab (PTj) tertinggi ialah sebanyak 100 peratus manakala prestasi terendah pula direkodkan sebanyak 95 peratus.

โ€œPerolehan rutin dan one-off perlu diselesaikan sebelum suku pertama tahun 2023 dan semua program atau aktiviti perlu dilaksanakan mengikut ketetapan di bawah Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) yang diluluskan oleh Pegawai Pengawal KDN,โ€ ujarnya.

Accessibility Toolbar