AADK, Pusaka Hanafi cegah dadah dalam kalangan belia

Oleh: Rashdan Zakaria

KAJANG, 2 Ogos 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus proaktif membanteras penyalahguna dadah dan substan dalam komuniti khususnya golongan belia.

Berdasarkan Buku Maklumat Dadah Tahun 2021 sebanyak 60 peratus kelompok terlibat dalam permasalahan dadah merupakan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun.

Justeru, bagi mengatasi masalah penagihan terus meningkat dalam kalangan generasi muda pihak AADK menjalinkan kerjasama strategik bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (Pusaka Hanafi).

pusaka hanafi silat
Menurut Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade pihak AADK sentiasa proaktif membanteras penyalahguna dadah dan substan dalam komuniti khususnya golongan belia.

Dalam sesi lawatan kerja Pusaka Hanafi ke Ibu Pejabat AADK di Kajang, Selangor baru-baru ini pelbagai inisiatif dibincangkan bersesuaian dengan kumpulan sasar.

Delegasi Pusaka Hanafi yang diketuai Naib Presiden Pusaka Hanafi Malaysia, Aminuddin Dahlan turut berdiskusi mengenai kerjasama meliputi aspek pencegahan dalam komuniti termasuk rawatan dan pemulihan klien AADK.

Pada masa sama, menzahirkan hasrat melaksanakan aktiviti di bawah Program Jihad Dadah bagi memberi pendedahan tentang bahaya dadah, sekali gus meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran pencegahan dalam komuniti.

Dalam sesi kunjungan hormat berkenaan AADK diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah.

Accessibility Toolbar