AADK, PETRONAS meterai MoU program TEKAD

Oleh: Fauzi Suhaimi | Rash

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) pada Jumaat.

Usaha itu sebagai kesinambungan usaha sama antara kedua-dua pihak sejak 2022 melalui kolaborasi Keselamatan Kumpulan dan Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar dalam mengendalikan program berbentuk kempen kesedaran serta latihan berteraskan TEKAD.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, program pencegahan dadah di tempat kerja adalah selaras dengan International Standard On Drug Use Prevention yang melibatkan tujuh langkah utama antaranya komitmen pengurusan atasan, polisi dan kawalan kuasa pencegahan dadah.

โ€œSelain itu, pelaksanaan latihan untuk penyelia; program pendidikan dan kesedaran; latihan untuk penyedia program pendidikan dan kesedaran kepada pekerja; program pencegahan dadah dalam komuniti; program rawatan dan pemulihan serta integrasi semula ke dalam pekerjaan turut menjadi langkah dalam strandard berkenaan.

โ€œSehubungan itu, isu dan masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu menjadi agenda utama majikan kerana masalah ini antara penentu yang boleh mempengaruhi tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

โ€œPenyalahgunaan dadah termasuk alkohol di tempat kerja bukan sahaja boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda, menjejaskan imej dan reputasi organisasi, malah mengancam keselamatan pelanggan,โ€ katanya ketika berucap dalam majlis Menandatangani Perjanjian MoU TEKAD di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno menzahirkan keyakinan terhadap syarikat gergasi negara itu dapat memperkukuhkan lagi kedudukan dan pencapaian menerusi pelaksanaan program TEKAD kerana kerana ia berupaya mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan sejahtera.

โ€œDi samping itu juga, secara tidak langsung, warga kerja PETRONAS dapat menjadi agen penyebaran maklumat tentang bahaya dadah kepada rakan, jiran, keluarga dan komuniti keseluruhannya.

โ€œDalam merealisasikan matlamat ini, AADK sedia berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan program TEKAD selaras dengan usaha menggalakkan pihak majikan melaksanakan polisi tempat kerja bebas dadah.

Mengulas lanjut beliau menambah, selanjang 2022, PETRONAS telah mengadakan kerjasama secara bersiri dengan AADK dalam penganjuran TEKAD, program berbentuk awareness talk, training of trainers (TOT) dilaksanakan menyasarkan kumpulan pengurusan tertinggi dan kakitangan PETRONAS.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi PETRONAS, Adnan Zainal Abidin; Naib Presiden, Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Yong Sai Chung; Ketua Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Datoโ€™ Sri Zulkifli Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar