AADK perkukuh hubungan, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah

Oleh: Fauzi Suhaimi

KOTA KINABALU, 15 Februari 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Kunjungan itu bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin dan memperhebatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Selain itu, aspek rawatan, perubatan dan pemulihan; pencegahan serta penguatkuasaan dadah turut dibincang antara kedua-dua pihak bagi memastikan kadar kepulihan meningkat dan kadar penagihan dapat diturunkan, sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

Tuan Sutekno (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama YAB Datuk Seri Panglima Hajiji di Menara Kinababalu, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Turut sama menyertai perbincangan strategik itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK; Puan Chan Hong Jin; Pengarah AADK Sabah, Tuan Nani Sikin dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Puan Roswati Atin.

Dalam program berasingan, Tuan Sutekno mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan AADK Sabah.

Tuan Sutekno (kiri) mengingatkan semua pihak agar komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk berbicara aspek intergriti dan kebersamaan.

Dalam program itu, Tuan Ketua Pengarah turut mengadakan sesi dialog bersama semua pihak bagi mengenalpasti permasalahan dan kekangan yang dihadapi khususnya di peringkat daerah dapat diberi perhatian.

Selain itu, Tuan Ketua Pengarah dalam ucapannya turut mengingatkan semua pihak berkenaan beberapa isu termasuk isu intergriti, kebersamaan selain komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tuan Sutekno (tengah) turun padang mengadakan sesi dialog bersama pegawai dan kakitangan AADK Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini. Hadir sama ialah Puan Chan Hong Jin (kanan) dan Tuan Nani.

Accessibility Toolbar