AADK perhebat usaha penyampaian maklumat

Oleh: Siti Syakilah Muhd Khir | Ahmad Ajwad bin Azman

KAJANG, 9 Januari 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memperhebat usaha penyampaian maklumat dengan merangka strategi bagi membolehkan masyarakat memahami setiap perkara yang dilaksanakan oleh agensi.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, perkara itu perlu bagi memastikan tindakan berdasarkan tiga teras utama agensi dapat direalisasikan khususnya dalam usaha mengekang ancaman dadah dalam negara.

Katanya, usaha ini memerlukan sinergi semua pihak baik AADK Negeri, Pusat Latihan AADK (PLAK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan AADK daerah dengan menyumbangkan kandungan menarik sebagai usaha penambahbaikan.

โ€œSejak tahun 2021 lagi, AADK telah menyusun dan merangka penghebahan maklumat dan berita berkenaan agensi melalui platform media sosial rasmi agensi iaitu Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Telegram, paparan maklumat boleh ubah (VMS) di semua lebuh raya seluruh negara dan terbaharu aplikasi TikTok.

โ€Saluran AADK TV menerusi YouTube telah dimantapkan lagi dengan mengetengahkan 7 segmen rancangan iaitu Berita AADK, Hi AADK, Khabar Dari PTj, Selami Jiwa Kami, Lebih Baik Cegah, Ask Mr. AADK dan Bicara AADK,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah sempena Perhimpunan Bulanan (Januari) di sini, pada Isnin.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, berdasarkan analisis, jumlah penonton dan pelanggan masih belum memberangsangkan dan setakat hari ini, AADK TV hanya mempunyai 12,200 pelanggan.

Tuan Sutekno menyarankan agar usaha berterusan untuk memperhebat kandungan dan memanfaatkan sepenuhnya penggunakan platform sosial media perlu diteruskan dalam usaha menguar-uarkan berita-berita terkini mengenai aktiviti agensi di seluruh pelusuk tanah air.

Accessibility Toolbar