AADK Kenal Pasti 178 Kawasan Berisiko Tinggi

IBU PEJABAT AADK, 25 Oktober 2018 – Agensi Antidadah Kebangsaan mengumumkan 178 kawasan berisiko tinggi. Pengumuman dibuat  oleh Ketua Pengarah AADK CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah.

Semakan semula yang dibuat pada tahun ini terhadap 14 kawasan berisiko tinggi yang menjalankan 6 program di bawah kempen PDH mulai 2016 menunjukkan hasil yang positif dimana hanya 2 kawasan yang masih merah, 10 kawasan bertukar menjadi kuning sementara 2 kawasan lagi telah bertukar menjadi kawasan hijau.

Program yang dijalankan di bawah kempen Perangi dadah habis Habisan (PDH) merupakan 6 program yang meliputi ketiga-tiga sektor utama AADK iaitu pencegahan, rawatan pemulihan dan penguatkuasaan. 6 program tersebut adalah Community Empowerment, Omnipresence, Ops Cegah, Ops Bersepadu, Ikon Antidadah dan kempen melalui media.

Dalam pada itu juga AADK telah melantik bekas penagih dadah yang pulih secara keseluruhan untuk menjadi ikon kepulihan bagi membina keyakinan diri dikalangan penagih bahawa kepulihan itu tidak mustahil.

Accessibility Toolbar