Oleh: Mohd Nizam Musa
PASIR MAS, 19 Disember 2021 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan menyumbang empat buah van terpakai melalui program khidmat sosial masyarakat (CSR) di sini baru-baru ini.
Menurut Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad, empat buah van jenis Kia Pregio itu telah diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pihak masjid.
Ia terdiri daripada Jabatan Amal Kawasan Tumpat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tumpat dan Kelab NCD Kelantan termasuk Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia dan Masjid Mukim Kampung Haji Hussin Melor Kelantan di negeri tersebut.
AADK Kelantan menyumbang empat buah van terpakai melalui program CSR di Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini. Gambar AADK / MOHD NIZAM MUSA
“Diharapkan menerusi sumbangan ini ia memberi manfaat sepenuhnya kepada komuniti setempat.
“Ini kerana setiap sumbangan anda dapat mengubah kehidupan dan memberi keselesaan kepada mereka (komuniti),” kata Rohayu ketika ditemui di sini pada Ahad lalu.
Terdahulu, acara penyerahan empat buah van berserta perakuan pendaftaran kenderaan tersebut diadakan di pekarangan Pejabat AADK Daerah Pasir Mas, Kelantan.
Acara ringkas penyerahan empat buah van kepada pihak Jabatan Amal Kawasan Tumpat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tumpat, Kelab NCD Kelantan, Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia dan Masjid Mukim Kampung Haji Hussin Melor Kelantan diadakan di Pejabat AADK Pasir Mas, Kelantan. Gambar AADK / MOHD NIZAM MUSA