AADK Kedah, Perlis santuni mangsa banjir di Kelantan

Oleh: Fauzi Suhaimi

BACHOK, 14 Januari 2023 – Seramai 210 individu yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di Negeri Kelantan di santuni dengan mengagihkan bantuan keperluan harian.

Daripada jumlah itu, seramai 35 orang adalah keluarga klien yang sedang mengikuti program rawatan dan pemulihan dalam institusi (RPDI) , 109 klien program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK)ย  manakala 66 lagi adalah warga kerja AADK Negeri Kelantan.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kedah, Nasruddin Abdul Rahman berkata, usaha itu digerakan AADK Negeri Kedah, AADK Negeri Perlis dan sukarelawan Skuad Antidadah AADK Kedah.

โ€œSumbangan barangan makanan dan wang tunai ini turut diagihkan kepada lima buah rumah anak yatim di Kelantan iaitu Rumah Anak Yatim Salimah, Rumah Puteri Harapan, Rumah Anak Yatim Duafa’, Rumah Tunas Harapan dan Rumah Kanak2 Mini Kelantan.

โ€œBantuan yang diagihkan itu membabitkan makanan dan barang keperluan lain seperti lampin pakai buang,โ€ katanya dalam Misi Bantuan Pasca Banjir ke Kelantan di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rahayu Ahmad dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, Nor Haffiza Ibrahim.

Accessibility Toolbar