Seremban, 17 Julai – Kunjungan Hormat YDH. CP Dato’ Sri. Zulkifli bin Abdullah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebanggsaan kepada Dato’ Seri Hj Aminuddin bin Harun YAB Menteri Besar Negeri Sembilan berlangsung di kediaman rasmi beliau. Turut hadir dalam sesi ini adalah YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yg diwakili Timbalan SUK 1, En Nahar bin Sidek, YB Dato’ SU Kehormat PEMADAM Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Seremban dan wakil ibu pejabat Pn Siti Mariam Binti Mursidan, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK serta turut diiringi oleh Pengarah AADKN9 dan pegawai kanan AADKN9.
Secara umumnya delegasi dari AADK Malaysia hadir hari ini dengan hasrat membincangkan secara bersama inisiatif dan strategi terbaik serta berfokus kepada kumpulan sasar yang tepat berdasarkan kepada senario semasa penyalahgunaan dadah di Negeri Sembilan.
Tumpuan akan difokuskan kepada Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di 6 kawasan seperti berikut Mukim Rompin, Mukim Serting Hilir, Gemas, Gemencheh, Ampangan, Seremban. Namun, kawasan lain di Negeri Sembilan tidak akan terkecuali dan program-program pendidikan pencegahan, rawatan dan penguatkuasaan akan tetap diteruskan seperti biasa.
Kerajaan Negeri Sembilan juga bersedia memberi komitmen dalam memberi keutamaan kepada individu rapat (significant others) yang terkesan bagi memastikan kehidupan mereka kekal seperti keluarga lain dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam masalah penyalahgumaan dadah kerana mereka adalah kumpulan yang sangat berisiko.
Ketua Pengarah AADK amat berbesar hati dengan komitmen serta kerjasama jitu yang ditunjukkan pihak Kerajaan Negeri Sembilan dalam memperkasa program pencegahan, membantu klien yang sedang pulih serta significant others yang terkesan. Moga dengan kerjasama yang erat serta menekankan strategi program yang lebih berfokus mampu memberi impak kepada segala usaha AADK Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam mengatasi permasalahan dadah di negeri tersebut.