Oleh: Muhammad Rashdan Mohd Zakaria
PETALING JAYA, 4 Julai 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin mengadakan tinjauan operasi di pejabat AADK Daerah Petaling, Selangor.
Dalam sesi tinjauan itu, beliau diberi taklimat gerak kerja oleh Ketua AADK Daerah Petaling, Mazlinna Kassim yang memfokuskan pada tiga bidang utama iaitu Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pencegahan dan Penguatkuasaan dan Keselamatan.
Selain itu, AADK Daerah Petaling turut ketengah strategik holistik dalam menyediakan perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) kepada masyarakat.
Dalam pada iu, Dato’ Dr. Muhamad Sade turut meluangkan masa melihat pengoperasian, fasiliti pejabat dan beramah mesra dengan warga AADK daerah berkenaan.

Pada masa sama, berkesempatan menyampaikan amanat, nasihat dan teguran kepada kakitangan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti dalam usaha mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.
Hadir menyertai sesi berkenaan ialah Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir Mohammad dan Ketua Unit Urus Setia Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara AADK, Mohd. Nadmin Ramlan.
Secara ringkas, Petaling seluas 484.32 km persegi merupakan daerah terbesar di Selangor dengan populasi seramai 2.2 juta penduduk. Ia mempunyai lapan Parlimen, 16 Dewan Undangan Negeri dan enam Mukim.

