AADK Daerah perlu jalan fungsi utama agensi

Oleh: Rashdan Zakaria

MUAR, 13 November 2022 – Semua Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah perlu memainkan peranan utama dalam menjalankan fungsi utama agensi khususnya dalam pengurusan klien dalam komuniti.

Fungsi tersebut adalah perlu seiring dengan pelaksanaan tiga model teras agensi iaitu Model i-Pulih AADK, Model i-Cegah AADK dan Model i-Prihatin AADK.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon ketika sesi Lawatan Kerja beliau ke Pejabat AADK Daerah Muar, Johor dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua, Melaka.

Beliau berkata, fungsi yang dijalankan di peringkat Pejabat Daerah dan PUSPEN juga perlu selari dengan garis panduan yang ditetapkan di peringkat ibu Pejabat dan negeri.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti sekali gus meminta agar semua pegawai untuk memberi fokus kepada pelaksanaan gerak kerja agensi.

Tuan Sutekno sempat beramah mesra dan melawat fasiliti PUSPEN Tiang Dua dan AADK Daerah Muar.

Terdahulu Penolong Pengarah (Pengurusan dan Keselamatan) PUSPEN Tiang Dua, Mohd Hafiz Ah Talib dan Ketua AADK Daerah Muar, Sopian Mamat menyampai taklimat pengoperasian pusat tanggungjawab masing-masing.

Turut hadir dalam sesi lawatan kerja itu ialah Pengarah AADK Negeri Johor, Azli Ubin, Pengarah PUSPEN Tiang Dua, Dzulkhissham Rahmat Rahaman dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Daerah Muar; Ts. Dr. Kamarudin Md Tahir.

Accessibility Toolbar