AADK berjaya capai semua KPI 2022

Oleh: Cik Ct Ashlida Mat Razali | Ahmad Ajwad bin Azman

KAJANG, 9 Januari 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya mencapai kedua-dua petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun 2022 iaitu kadar penyalahgunaan dan penagihan dadah bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar kepulihan klien.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, sasaran bagi kadar penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia pada tahun 2023 adalah sebanyak 440 kes bagi setiap 100 ribu penduduk.

Katanya, sehingga September 2022, kadarnya adalah 395 kes dan pada tahun 2021 ialah 377 kes kekal dibawah paras 400 seperti yang disasarkan dalam matlamat Dadah Terkawal 2025.

โ€œPrestasi keseluruhan AADK diukur melalui dua KPI utama iaitu Kadar Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah di Malaysia yang dilihat melalui bilangan kes bagi setiap 100 ribu penduduk dan juga Kadar Kepulihan Klien yang diukur melalui peratusan kepulihan klien yang telah menjalani program rawatan dan pemulihan di AADK atau peratusan relapse klien tersebut.

โ€œSasaran bagi Kadar Kepulihan Klien bagi tahun 2023 adalah pada kadar 75 peratus kepulihan klien yang telah menjalani program rawatan dan pemulihan di AADK atau 28 peratus relapse,โ€ katanya ketika menyampaikan Perutusan Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah sempena Perhimpunan Bulanan (Januari) di sini, pada Isnin.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, bagi menyokong kedua-dua KPI tersebut, AADK menetapkan bahawa bagi tahun 2023.

Tegas beliau, sekurang-kurangnya 91 peratus OYDS di setiap daerah hendaklah ditangkap untuk menjalani rawatan dan pemulihan sama ada dalam institusi atau komuniti.

โ€œSetiap PUSPEN perlu mempunyai klien sebanyak 90 peratus daripada kapasitinya pada setiap masa sepanjang tahun,โ€ katanya.

Accessibility Toolbar