AADK antara agensi terlibat dalam penguatkuasaan jalan raya                                    

Oleh: Amir Zahien Amran | Muhd Faris Shamsuddin         

              

DENGKIL 17 Januari 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) antara agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan keselamatan jalan raya menerusi Operasi Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook berkata, untuk tahun ini, empat program utama digariskan kementerian iaitu Program Pendidikan Dan Advokasi, Penguatkuasaan, Pencegahan dan Pemantauan Serta Penilaian.

Katanya, program-program berkenaan adalah satu usaha berterusan Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya, serta mengawal selia pergerakan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya pada musim perayaan.

“Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), agensi-agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) tertentu akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya.

 “Sejajar dengan hasrat utama itu, kempen pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu ‘ ,” katanya ketika berucap melancarkan kempen tersebut di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil Arah Utara pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi turut mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk memeriksa kenderaan masing-masing bagi memastikan kenderaan sentiasa sempurna dan selamat dipandu.

“Saya percaya dengan sokongan padu daripada pelbagai agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan, perjalanan menggunakan lebuh raya adalah jauh lebih selamat berbanding laluan-laluan biasa.” katanya.

Terdahulu YB Tuan Loke Siew dan YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan pelepasan kenderaan yang terlibat dalam penguatkuasaan keselamatan jalan raya termasuk AADK.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah (Aduan dan Risikan) AADK, Hamizan Haidzir dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir Mohamad.

            

Accessibility Toolbar