Oleh: Fauzi Suhaimi
KAJANG, 18 Mei 2023 – Seramai 462 pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dianugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AADK bagi tahun 2022.
Ketua Pengarah AADK , Tuan Sutekno Ahmad Belon, merasmikan majlis APC – Foto NADA/ Rashdan Zakaria
Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, pencapaian itu adalah kerana kesemua mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2022.
Katanya, calon yang dipilih juga adalah hasil penilaian yang tepat atas segala usaha, komitmen dan iltizam dalam membantu AADK menyampaikan perkhidmatan yang efisien, efektif dan mesra rakyat. โจ
โKerajaan sememangnya menghargai jasa dan keringat penjawat awam yang menjadi tonggak utama negara dan mengiktiraf budaya kerja cemerlang penjawat awam.
Tuan Sutekno kedua dari kiri menyampaikan APC kepada penjawat awam yang diiktiraf – Foto NADA/ Rashdan Zakaria
โPenghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada mereka yang mengekalkan kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas secara konsisten. Sehubungan itu, majlis ini diadakan bagi memberi ruang untuk meraikan warga AADK yang telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian terbaik sepanjang tahun lalu. โจ
โBahkan, inisiatif ini juga akan menggalakkan lagi penjawat awam untuk terus komited dalam mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi pada masa akan datang,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmian Majlis APC AADK 2022 di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Tuan Sutekno berkata, pengiktirafan APC seharusnya menjadi dorongan ke arah membudayakan kecemerlangan dalam semua aspek dan pembakar semangat sekali gus dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam membuktikan keupayaan untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
โSewajarnya budaya kerja cemerlang yang berdaya saing secara sihat dan inovatif perlu menjadi amalan seluruh warga AADK semasa melaksanakan tugas di samping, semangat kekitaan perlu diterapkan agar dapat melahirkan penjawat awam yang seimbang daripada segi jasmani, rohani dan intelek.
โOleh itu, dengan pengiktirafan ini saya berharap agar ianya dapat menyuntik semangat dan mencetuskan inspirasi kepada semua warga AADK untuk terus memberi khidmat bakti yang lebih cemerlang pada masa akan datang,โ ujarnya.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin.