
Disediakan Oleh : AADK DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 14 Feb 2017 – 10 Orang telah ditahan termasuk 3 orang yang dipercayai warga asing dalam satu operasi yang dijalankan Aadk malam tadi.Operasi yang bermula kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 2.00 pagi itu melibatkan kawasan indera Mahkota ,tanah putih dan panching timur. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke pejabat Aadk untuk tindakan lanjut .Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 2 orang yang dipercayai warga asing telah menggunakan kad pengenalan palsu dan dia kemudiannya telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk diambil tindakan manakala seorang lagi diserahkan kepada Imigresen.