RAWATAN DAN PEMULIHAN
 

Penagih-penagih dadah yang telah diperintah oleh Mahkamah untuk mengikuti program rawatan dan pemulihan di dalam Institusi ditempatkan di Pusat Serenti selama 2 tahun. Begitu juga bagi mereka yang memohon untuk mengikuti program pemulihan secara sukarela. Selepas tamat mengikuti program pemulihan di Pusat Serenti, mereka perlu menjalani pengawasan dalam komuniti selama 2-3 tahun lagi yang diselia oleh pegawai-pegawai ADK dan pegawai polis di daerah di mana mereka tinggal.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kadar kejayaan program rawatan dan pemulihan, ADK mempelbagaikan kaedah rawatan serta modaliti pemulihan yang bersesuaian bagi menampung kepelbagaian latar belakang seseorang penagih. Modaliti-modaliti pemulihan yang dilaksanakan di Pusat-pusat Serenti pada masa ini adalah seperti berikut :

Modaliti Tearapi Bersepadu(Psikososial)
Modaliti Terapi Kekeluargaan
Modaliti Tempat Kerja
Modaliti Keinsafan Diri
Modaliti Waja Insan

Program ini dilaksanakan bagi dua kategori penagih iaitu penagih dadah yang ditempatkan terus menjalani pemulihan dalam komuniti dan penagih yang telah bebas daripada Pusat Serenti. Pemulihan dalam komuniti menghendaki orang yang diawasi melaporkan diri kepada Pegawai Pemulihan dan mengikuti program pemulihan yang mengandungi aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
Kaunseling individu, kelompok dan keluarga; Penempatan dalam pekerjaan/latihan; Kemahiran mencegah penagihan semula; Pendedahan kepada riadah yang sihat; Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan; Mengeratkan hubungan dengan keluarga; Aktiviti Kumpulan Sokong Bantu
Di samping itu, orang yang diawasi yang menjalani pemulihan di bawah perintah mahkamah juga dikehendaki melaporkan diri secar berkala di balai polis dan menjalani ujian urin. Antara khidmat program pemulihan dalam komuniti adalah seperti berikut :-

Pusat Khidmat
Pembimbing Rakan Sebaya
Jawatankuasa Penyelaras Program Rawatan Dan Pemulihan Penagih Atau Bekas Penagih Dalam Komunititi (JPPRPPD)
Kumpulan Sokong Bantu
 

Pihak Kerajaan telah mengambil pelbagai daya usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan memulih dan merawat penagih-penagih dadah di seluruh negara. Dilaporkan bahawa sepanjang tempoh suku tahun pertama iaitu dari bulan Januari hingga Mac 2003, seramai 9,383 orang penagih dadah yang dikesan pada tempoh yang sama tahun lalu iaitu seramai 8,940 orang. Tren aliran ini amat membimbangkan, sehubungan itu pihak kerajaaan khususnya ADK telah merangka pelbagai strategi dan pendekatan untuk mengatasi masalah penagihan yang serius ini. Di antaranya adalah strategi pemulihan menggunakan pendekatan memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Di antaranya adalah dengan menggalakkan penubuhan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah.

Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, memperuntukkan kuasa kepada Menetri untuk melulus dan menolak permohonan mana-mana orang perseorangan atau badan atau pertubuhan yang menggendalikan PPP bagi tujuan memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah.

Objektif Menyediakan rawatan dan pemulihan alternatif kepada rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat-pusat Serenti dan diadakan di dalam komuniti, khususnya untuk penagih-penagih yang berkemampuan dari segi kewangan dan memerlukan tempohrawatan yang singkat (sesuai bagi penagih-penagih yang masih bekerja/menuntut). Memberikan ruang dan peluang kepada pelbagai pihak untuk sama-sama memainkan peranan dalam rawatan dan pemulihan penagih dadah dengan menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial.

Sehingga Mei 2002, Menteri Dalam Negeri telah meluluskan pendaftaran dan penubuhan 187 buah pusat pemulihan persendirian (PPP) bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah iaitu terdiri dari 121 buah klinik swasta dan 66 buah dikendalikan oleh pihak swasta, orang perseorangan, badan bukan Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela sebagai alternatif kepada rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh Kerajaan. Pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan digunapakai meliputi kaedah Sokong Bantu Rakan Sebaya, Therapeutic Community, Perubatan Tradisional, Kerohanian dan Keagamaan, Kerohanian dan Motivasi serta Penggunaan Ubat-ubatan / Ubatan Herba.

Senarai Pusat Pemulihan Persendirian(orang-perorangan,badan bukan kerajaan dan Pertubuhan Sukarela)Mengikut Negeri
Senarai Pusat Pemulihan Persendirian(Klinik Perubatan Swasta)mengikut negeri