PENGARAH PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN

Dr Sabri Bin Zainudin Zainul

 


Carta Organisasi
Hubungi Penguatkuasaan
Kod Etika Piagam Pelanggan FAQ
PENGENALAN

Bahagian Penguatkuasaan Dan Keselamatan telah ditubuhkan pada 1 Februari 2007 selaras dengan pelaksanaan Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 (Akta AADK 2004). Pengwujudan Bahagian ini juga adalah sejajar dengan pengembangan fungsi, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Agensi ini. Bahagian Penguatkuasaan Dan Keselamatan menumpukan fungsi dan peranan dalam perkara-perkara berikut :

•  Perkhidmatan teras AADK iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan yang merangkumi pelaksanaan tugas dan fungsi AADK selaras dengan Seksyen 6(b), (g), (h), (i) dan (j), Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 selaras dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu :

•  Pelaksanaan Seksyen 6(1)(a) dan Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).Juga melibatkan Seksyen 38B (1) dan seksyen 38B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kes-kes pelanggaran syarat;

•  Pelaksanaan Seksyen 19(1)(a),(b) dan (c) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) iaitu bagi pelaksanaan kes-kes pelarian dari jagaan yang sah; dan

•  Pelaksanaan Seksyen 20(1)(a),(b),(c) dan (d), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan penghuni di pusat pemulihan dan seliaan.

RASIONAL PELAKSANAAN SEKSYEN 6(B) AKTA AADK 2004

•  Melaksanakan tindakan Penguatkuasaan dan program pemulihan terhadap penagih di Pusat Serenti dan program pengawasan dalam komuniti dengan lebih sempurna, tersusun dan menyeluruh;

•  Sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kemahiran para Pegawai AADK dengan tugas berkaitan dengan risikan;

•  Kerjasama AADK dan semua Agensi Penguatkuasaan dari aspek prasarana iaitu tempat tahanan dan khidmat bantuan risikan dan siasatan yang menjadi asas kepada tugas Penguatkuasaan.

•  Penilaian semula secara menyeluruh bagi persediaan yang lebih baik untuk pelaksanaan Akta AADK 2004 terutama dari segi kemahiran pegawai, kemudahan infranstruktur dan logistik.

JUSTIFIKASI PELAKSANAAN SEKSYEN 6(B) AKTA AADK 2004

•  Persekitaran Pusat Pemulihan yang terkawal (Control Environment)

•  Persekitaran yang biasa (Familiar Environment)

•  Pengetahuan dan kemahiran sedia ada

•  Keupayaan dan kemahiran yang telah diperolehi oleh Pegawai Agensi

•  Prasarana yang tersedia

•  Pelaksanaan Penguatkuasaan (Testing Ground)

•  Memudahkan penilaian pelaksanaan

•  Pewujudan perancangan yang sistematik

•  Membolehkan Program Pendidikan Pencegahan dilaksanakan sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 6(g) dan 6(h) Akta AADK

VISI

Memperkasa Penguatkuasaaan Ke Arah Negara Bebas Dadah

 

MISI

Penguatkuasaan Undang – Undang Dadah Secara Berkesan

 

STRATEGI

Menghapuskan Permintaan Dan Bekalan Dadah Dalam Negera melalui Penguatkuasaan

 

OBJEKTIF

•  Menguatkuasa, menjalankan dan memberi kuatkuasa kepada undang – undang berkaitan.

•  Menguatkuasa, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa dan kewajipan dibawah undang – undang berkaitan.

•  Mencegah dan menyekat pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah berbahaya.

•  Memberi bantuan dalam apa – apa perkara penyalahgunaan dadah berbahaya atas permintaan Negara asing.

•  Melaksanakan apa – apa kewajipan bagi memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya atau melakukan segala perkara untuk mencapai Negara bebas dadah 2015.