Dasar Dadah Negara
 
 
 
 
 

Dasar Dadah Negara

 

Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Y. A. B Dato' Seri Dr. Mahathir (sekarang Y. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad), bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Dasar ini digubal bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.

Strategi Dadah Negara

Pada 11 Jun 1996, strategi baru Dasar Dadah Negara telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan mengikut keutamaan iaitu :-

  1. Pencegahan
  2. Penguatkuasaan
  3. Rawatan dan Pemulihan
  4. Kerjasama Antarabangsa

Pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan merupakan tiga strategi utama manakala kerjasama antarabangsa merupakan strategi sokongan.