ADB ( Langkah-Langkah Pencegahan khas)
|
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :- |
>> orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
|
>> orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.
|
|
| Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :- |
>> ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
|
>> tidak dibicarakan di mahkamah.
|
Proses Siasatan :
- Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Pegawai Siasatan.
|
- Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
|
- Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri.
|
- Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.
|
|