PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


" Menafaat ICT DiHujung Jari Anda "

Tuan Haji Abdul Rahim Mohamed
UNIT BTMK

Unit Pembangunan & Operasi Sistem
Pangkalan Data, Sistem Aplikasi & Latihan
Rangkaian Keselamatan ICT & Penyelidikan
Teknikal, Helpdesk & Khidmat Sokongan
Inventori, Dokumentasi & Pengemaskinian ICT

Carta Organisasi Hubungi BTM
VISI BTM

" ICT Sebagai Pemboleh Daya Strategik Membanteras Gejala Dadah "

Visi yang mantap ini akan menjadi teras dalam usaha AADK untuk memajukan organisasinya sendiri dan seterusnya kepada Perkhidmatan Awam Malaysia

MISI BTM
" Membudayakan ICT bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan teras"
TERAS STRATEGIK BTM
1


Mempertingkatkan Kemampuan Modal Insan Dalam Penggunaan ICT

Melatih warga AADK berkenan ICT dan penggunaannya, serta menyediakan kandungan latihan yang bersesuaian.Mempertingkatkan penggunaan ICT supaya kemudahan ICT yang ada dapat digunakan dalam menjalankan tugas

2


Menggalakan Dan Memudahkan Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman Dalam Membangunkan Keupayaan Dan Kemampuan

Menyediakan kemudahan dan proses supaya aset ini dapat disimpan dan dikongsi bersama.Menggalakkan warganya untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka menggunakan kemudahan ini.

3


Mempertingkatkan Perkhidmatan Dalam Melalui Penggunaan ICT

Penyediaan kemudahan ICT yang sejajar dengan proses dalaman AADK dan penggunaan dapat mempertingkatkan perkhidmatan dalaman.

4


Mempermudahkan Pengumpulan Dan Penyampaian Maklumat Dalam Dan Luaran

Pengumpulan maklumat penagih yang lebih menyeluruh.Ia juga perlu menyedarkan masyarakat mengenai ancaman dadah kepada negara.Mempermudahkan proses pengumpulan maklumat dan penyampaian maklumat dalam dan luaran

5


Memberi Tumpuan Kepada Infrastruktur Dan Aplikasi Yang Menyokong Pengurusan Rawatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan dan Penguatkuasaan.

Menumpukan kepada perancangan dan pembangunan sistem aplikasi dan infrastruktur yang diperlukan untuk meyokong perkhidmatan terasnya.

PIAGAM PELANGGAN BTM
1
Mengemaskinikan maklumat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan maklumat;
2
Mengeluarkan statistik penagih dadah negara setiap bulan;
3
Mengemaskini laman Web AADK dalam tempoh 3 hari bekerja bagi setiap perubahan yang berlaku;
4
Memberikan jawapan ke atas permohonan (bertulis) maklumat daripada Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
5
Memberikan maklumbalas kepada aduan kerosakan komputer atau masalah sistem dalam tempoh 30 minit dari masa aduan diterima pada hari bekerja dan
6
Kami berjanji akan memberikan kepakaran ICT yang maksimum kepada pihak-pihak yang memerlukan.