PENGENALAN

Unit MTMD diwujudkan bagi melaksanakan Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004. Arahan ini dikeluarkan bagi mewujudkan sebuah Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah. Melalui jentera penyelarasan pelaksanaan ini yang melibatkan komitmen politik, usaha dan penglibatan semua agensi kerajaan yang berkaitan di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah, Badan-Badan Berkanun, serta Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dapat digemblengkan ke arah merealisasikan matlamat Malaysia Bebas Dadah.

 

Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah ialah seperti berikut :

  • Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
  • Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri;
  • Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Pencegahan dan Publisiti (JPPP) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia;
  • Jawatankuasa Bertindak Rawatan dan Perubatan (JRP) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan;
  • Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar / Ketua Menteri / Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
  • Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah / Bahagian yang dipengerusikan oleh YB Ahli Parlimen / ADUN / Pegawai Daerah / Residen Bahagian.


VISI
Sebagai cawangan yang kompeten dan efisien dalam memudah cara penggubalan dasar, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat JPPDMGDN.

MISI
Memudah cara pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan melalui penyediaan perkhidmatan keurusetiaan terbaik bagi mesyuarat-mesyuarat Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara (JPPDMGDN).

OBJEKTIF
Memastikan mesyuarat-mesyuarat Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara dilaksanakan sebagaimana Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2004.

 

FUNGSI

i. Mengatur jadual Mesyuarat Majlis / Jawatankuasa agar bersidang mengikut kekerapan yang ditetapkan;

ii. Merancang takwim Mesyuarat Majlis / Jawatankuasa di sepanjang tahun dan diedarkan kepada semua Ahli Majlis / Jawatankuasa;

iii. Menyediakan agenda tetap / berkala bagi Mesyuarat sepanjang tahun berasaskan fungsi-fungsi Majlis / Jawatankuasa;

iv. Menyedia dan mengedarkan Minit Mesyuarat kepada semua Ahli Majlis / Jawatankuasa;

v. Melaksanakan pemantauan pengurusan mesyuarat MTMD bagi 14 buah negeri dan 93 buah daerah bagi Pejabat AADK Negeri.

vi. Menyelaras semakan dan kelulusan pindaan kepada Buku Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004 mengikut keperluan atau perkembangan semasa.

vii. Menyediakan laporan berkala bagi Mesyuarat-Mesyuarat Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara.