Dato'

Laman Web atau Portal adalah merupakan gerbang maklumat dan merupakan mercu tanda siber bagi sesebuah organisasi. Ianya merupakan tools bagi sesebuah organisasi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan luar dan pengguna dalaman, termasuk pengguna antarabangsa. Konsep No Wrong Door seharusnya dipraktikkan di mana laman Web menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang melayarinya. Laman Web seharusnya mampu memperjelaskan Core Business sesuatu jabatan dengan cara menterjemahkan segala fungsi dan peranannya melalui suatu persembahan yang sistematik. Justeru itu, semua pihak yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan sebagai Content Manager perlu mengemaskini kandungan Laman Web supaya ianya terus relevan dan menjadi rujukan kepada pihak yang berkenaan. Sebagai Lead Agency dalam memerangi dadah, AADK seharusnya berupaya menggabungkan teknologi ICT dengan fungsi-fungsi Core-Businessnya supaya usaha-usaha pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, pengawasan dan penguatkuasaaan dapat dipermodenkan dan diperkasakan dengan penggunaan teknologi. Kajian impak bagi sesuatu program dapat mengukur keberkesanan program yang dinilai berdasarkan peruntukan dari segi kewangan, infrastruktur dan tenaga manusia serta sokongan yang tidak berbelah bagi dari stakeholders, agensi pusat dan pihak Kerajaan dalam membantu AADK bangun menentang musuh nombor 1 Negara.