TIPS ELAK JENAYAH :-
  PECAH RUMAH
       ROMPAK
       ROGOL

Sumber : Berita Harian 13 Januari 2014

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

  1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.

  2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.

  3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

 

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

  1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

  2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

  3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

  4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

  5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

  6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

  7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

  8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

  9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

  10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

  11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

  12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

  13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

 

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

  1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

  2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.

  3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.

  4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.

  5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

 

Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi nombor seperti berikut yang beroperasi 24 jam:

  1. Bukit Aman 03-20319999 / 03-22663333
  2. Selangor 03-20529999
  3. Kuala Lumpur 03-21460585
  4. Perlis 04-9711999
  5. Kedah 04-7392999
  6. Pulau Pinang 04-2691999
  7. Perak 05-2401999
  8. Negeri Sembilan 06-7619999
  9. Melaka 06-2851999
  10. Johor 07-2212999
  11. Pahang 09-5151999
  12. Terengganu 09-6270499
  13. Kelantan 09-7455555
  14. Sarawak 082-240800
  15. Sabah 088-450470
  16. Labuan 087-412575

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari :

Laman web PDRM : www.rmp.gov.my
Facebook PDRM : www.facebook.com/polisdirajamalaysia