Soalan AM

1.

 Apakah Fungsi Pusat Latihan AADK

 

Pusat Latihan AADK (PLAK) adalah sebuah pusat latihan di bawah Agensi Atidadah Kebangsaan yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap , pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai AADK

   

2.

Di manakah Lokasi Pusat Latihan AADK

 

Pusat Latihan AADK(PLAK) terletak di alamat seperti berikut:-
Pengarah
Pusat Latihan AADK
KM 6, Jalan Kuala Ketil
08000 Sungai Petani
Kedah
Telefon : 04-4207881
Faksimili : 04-4207882/04-4207890

   

Permohonan Kursus

1.

Siapakah yang layak berkursus di Pusat Latihan AADK (PLAK)

 

Semua warga AADK layak untuk mengikuti kursus di Pusat Latihan AADK. Kursus yang ditawarkan mengikut kesesuaian tugas

   

2.

Bagaimana cara untuk memohon kursus di Pusat Latihan AADK (PLAK)

 

Warga AADK yang berminat boleh memohon untuk mengikuti kursus di PLAK melalui e-AADK training

   
   

3.

Adakah kebenaran Ketua Jabatan diperlukan untuk kursus melalui e-AADK Training di Pusat Latihan AADK (PLAK)

 

Ya, Ketua Jabatan harus menyokong atau sebaliknya terhadap permohonan daripada warga AADK sebelum kursus dan latihan ditawarkan kepada warga AADK

   

4.

Bagaimana pemohon atau warga AADK boleh memilih kursus yang bersesuaian di Pusat Latihan AADK (PLAK)

 

Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

   

5.

Bagaimana untuk menyemak status permohonan kursus di Pusat Latihan AADK (PLAK)

 

Pemohon akan dihubungi melalui email atau faksimili sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus dijalankan. Pemohon juga boleh menghubungi pegawai atau urusetia kursus tersebut

   

6.

Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

 

Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus dalam e- AADK Training

   

7.

Apakah tindakan akan dikenakan kepada pemohon yang tidak menghadiri kursus dan latihan yang dijadualkan di Pusat Latihan AADK (PLAK)?

 

a) Pihak Pusat Latihan AADK (PLAK) akan menghubungi Ketua Jabatan (Pengarah) tempat pemohon bertugas bagi mendapatkan maklumat ketidakhadiran.
b) Nama Pemohon akan dihantar kepada Bahagian Khidmat Pengurusan untuk tindakan selanjutnya

 

   

8.

Sekiranya ditawarkan berkursus di Pusat Latihan AADK dan pemohon mempunyai kekangan untuk menghadiri kursus tersebut, bagaimana cara untuk memohon pengecualian berkursus ?

 

Peserta harus memohon pengecualian berkursus daripada Ketua Pengarah AADK dan surat tersebut hendaklah disalinkan kepada Pengarah PLAK. Pengecualian hanya boleh diberikan oleh Ketua Pengarah AADK

   
Hal Latihan Dan Sokongan Latihan

1.

Bagaimana untuk mendapatkan senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Latihan AADK ?

 

Katalog kursus boleh diakses melalui e- AADK Training

   

2.

Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk peserta kursus di Pusat Latihan AADK?

 

Semua peserta kursus disediakan penginapan di Pusat Latihan AADK

   

3.

Apakah kemudahan yang terdapat di Pusat Latihan AADK?

 

Di antara kemudahan yang terdapat di PLAK adalah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gymnasium, padang bola jaring, padang bola sepak dan padang bola tampar; perpustakaan, asrama, kedai, surau, musolla dan parkir kereta yang luas dan selamat