| Soalan AM | |
| 1. | Apakah Fungsi Pusat Latihan AADK |
|
| Pusat Latihan AADK (PLAK) adalah sebuah pusat latihan di bawah Agensi Atidadah Kebangsaan yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap , pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai AADK |
| 2. | Di manakah Lokasi Pusat Latihan AADK |
|
| Pusat Latihan AADK(PLAK) terletak di alamat seperti berikut:- |
| Permohonan Kursus | |
| 1. | Siapakah yang layak berkursus di Pusat Latihan AADK (PLAK) |
|
| Semua warga AADK layak untuk mengikuti kursus di Pusat Latihan AADK. Kursus yang ditawarkan mengikut kesesuaian tugas |
| 2. | Bagaimana cara untuk memohon kursus di Pusat Latihan AADK (PLAK) |
|
| Warga AADK yang berminat boleh memohon untuk mengikuti kursus di PLAK melalui e-AADK training |
| 3. | Adakah kebenaran Ketua Jabatan diperlukan untuk kursus melalui e-AADK Training di Pusat Latihan AADK (PLAK) |
|
| Ya, Ketua Jabatan harus menyokong atau sebaliknya terhadap permohonan daripada warga AADK sebelum kursus dan latihan ditawarkan kepada warga AADK |
| 4. | Bagaimana pemohon atau warga AADK boleh memilih kursus yang bersesuaian di Pusat Latihan AADK (PLAK) |
|
| Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka. |
| 5. | Bagaimana untuk menyemak status permohonan kursus di Pusat Latihan AADK (PLAK) |
|
| Pemohon akan dihubungi melalui email atau faksimili sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus dijalankan. Pemohon juga boleh menghubungi pegawai atau urusetia kursus tersebut |
| 6. | Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan? |
|
| Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus dalam e- AADK Training |
| 7. | Apakah tindakan akan dikenakan kepada pemohon yang tidak menghadiri kursus dan latihan yang dijadualkan di Pusat Latihan AADK (PLAK)? |
|
| a) Pihak Pusat Latihan AADK (PLAK) akan menghubungi Ketua Jabatan (Pengarah) tempat pemohon bertugas bagi mendapatkan maklumat ketidakhadiran. b) Nama Pemohon akan dihantar kepada Bahagian Khidmat Pengurusan untuk tindakan selanjutnya
|
| 8. | Sekiranya ditawarkan berkursus di Pusat Latihan AADK dan pemohon mempunyai kekangan untuk menghadiri kursus tersebut, bagaimana cara untuk memohon pengecualian berkursus ? |
|
| Peserta harus memohon pengecualian berkursus daripada Ketua Pengarah AADK dan surat tersebut hendaklah disalinkan kepada Pengarah PLAK. Pengecualian hanya boleh diberikan oleh Ketua Pengarah AADK |
| Hal Latihan Dan Sokongan Latihan | |
| 1. | Bagaimana untuk mendapatkan senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Latihan AADK ? |
|
| Katalog kursus boleh diakses melalui e- AADK Training |
| 2. | Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk peserta kursus di Pusat Latihan AADK? |
|
| Semua peserta kursus disediakan penginapan di Pusat Latihan AADK |
| 3. | Apakah kemudahan yang terdapat di Pusat Latihan AADK? |
|
| Di antara kemudahan yang terdapat di PLAK adalah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gymnasium, padang bola jaring, padang bola sepak dan padang bola tampar; perpustakaan, asrama, kedai, surau, musolla dan parkir kereta yang luas dan selamat
|
|
|
|
|
|
|







