1.

Apa itu PIK ?

 

Pusat Integrasi Klien (PIK) adalah sebuah fasiliti AADK yang berfungsi sebagai ‘half-way house' yang menempatkan klien Pra-Bebas CCRC dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

   

2.

Apakah tujuan penubuhan PIK?

  • Memperkasakan prestasi dan potensi kepulihan klien yang telah menjalani proses rawatan dan pemulihan dalam institusi

  • Membina upaya efikasi diri klien dalam menghadapi rejeksi masyarakat.

  • Menyedia, meningkat dan membuka peluang kepada klien untuk mendapat kemahiran serta penempatan pekerjaan

   

3.

Apa yang dimaksudkan dengan residensi?

 

Klien yang mengikuti program jagaan lanjutan dan tinggal di PIK bagi tempoh 3 hingga 6 bulan.

   
4. Apakah criteria dan syarat untuk menjadi residen PIK?
 
  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Telah menjalani tempoh rawatan dan pemulihan di CCRC sekurang-kurangnya 4-6 bulan
  3. Mempunyai tahap prestasi kemajuan kepulihan klien yang baik iaitu di peringkat ‘ contemplation '
  4. Mempunyai tahap motivasi yang tinggi
  5. Mempunyai prestasi kemajuan kepulihan klien yang baik
  6. Sokongan keluarga
  7. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit yang kronik
  8. Mempunyai minat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan
  9. Tidak terlibat dengan Program Rawatan Terapi Gantian
  10. Mempunyai kad pengenalan
   
5. Apakah program psikososial?
 

Program psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.