Bahawasanya kami berjanji akan:
• Komited untuk menguatkuasakan undang-undang Dadah Berbahaya bagi melahirkan 1 Malaysia yang bebas dadah menjelang 2015 ;
• Memastikan Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan ,AADK adalah selari dengan matlamat Negara Bebas Dadah menjelang tahun 2015;
• Merancang dan menyediakan perancangan strategik perlaksanaan program pendidikan pencegahan dadah bagi negeri dan daerah dalam tempoh setahun;
• Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Institusi Keluarga, Pendidikan, Tempat Kerja dan Komuniti dua (2) kali sebulan;
• Merawat dan memulih penagih dadah di PUSPEN selama dua belas (12) bulan;
• Merawat, memulih dan memantau kes-kes pengawasan selama 24 bulan;
• Waran peruntukan dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja
• Memberi maklumat berkenaan dengan dadah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja kepada pemohon;
• Memberi maklumbalas aduan mengenai kegiatan dadah kepada pengadu dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh terima aduan;
• Memberi jawapan ke atas permohonan maklumat daripada Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (BIONADI) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
• Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat , mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut :
    -   Akuan penerimaan dalam masa 3 hari
    -   Maklumbalas awal dalam tempoh 14 hari
    -   Laporan status aduan dalam masa 2 bulan