ADUAN (HARIAN METRO 29 MAC 2013)

KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI FELDA PANCING SELATAN

JAWAPAN

Salam 1Malaysia;
Terlebih dahulu AADK menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan TOKGAJAH80 dalam menyalurkan aduan berkenaan dadah dalam negara. Adalah dimaklumkan AADK memandang serius isu tersebut. Sehubungan itu AADK akan mengambil tindakan risikan dan siasatan bagi aduan yang disalurkan dan seterusnya akan mengadakan operasi bersepadu bersama pihak PDRM di lokasi yang dinyatakan dalam masa yang terdekat. Pihak AADK memohon agar TOKGAJAH80 serta orang awam tidak mengambil sebarang tindakan bersendirian kerana ia akan membahayakan keselamatan diri dan masyarakat. AADK turut ingin memaklumkan bahawa sekiranya terdapat aduan yang sama di kawasan pembaca Harian Metro, salurkan aduan tersebut melalui emel kepada pro@adk.gov.my atau hantarkan pesanan ringkas dengan menaip AADK Menu dan hantarkan kepada 15888.



>> BERITA HARIAN 26 FEBRUARI 2013
>> HARIAN METRO 19 FEBRUARI 2013
>> SINAR HARIAN 14 FEBRUARI 2013
>> BERITA HARIAN 8 OKTOBER 2012
>> BERITA HARIAN 29 OGOS 2012
>> HARIAN METRO 2 OGOS 2012
>> HARIAN METRO 1 OGOS 2012
>> HARIAN METRO 1 JUN 2012
>> KOSMO 23 Mei 2012
>> HARIAN METRO 28 Mac 2012