1.

Apa itu SKUAD AADK?

 

SKUAD AADK merupakan satu entiti kesukarelaan Agensi Antidadah Kebangsaan. Perkataan SKUAD merupakan akronim atau singkatan kepada SUKARELAWAN ANTIDADAH manakala AADK adalah merujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan. SKUAD AADK merupakan penjenamaan baru kepada sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti berbentuk anti-dadah di dalam kawasan / komuniti masing-masing.

   

2.

Apakah peranan / tugas ahli SKUAD AADK?

  • Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat.

  • Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah.

  • Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

   

3.

Bagaimanakah untuk menjadi ahli / menyertai SKUAD AADK?

 

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan adalah dipelawa untuk memohon. Permohonan hendaklah dibuat secara online di http://skuad.adk.gov.my atau muat turun aplikasi telefon pintar (Google Play Store atau IOS App Store) carian SKUAD AADK untuk memohon.