1.

Apakah itu methadone?

 

Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur.

   

2.

Siapakah yang layak mengambil methadone?

  • Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.

  • Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.

  • Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.

  • Tiada masalah perubatan dan mental akut.

   

3.

Apakah Faedah Daripada Pengambilan Methadone?

  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

  • Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.

  • Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.

  • Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.

  • Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.

   

4.

Berapa lamakah saya perlu mengambil methadone?

 

Sehingga anda pulih dan tidak memerlukan pergantungan terhadap dadah.

   

5.

Saya hamil, bolehkah saya mengambil atau mengikuti rawatan methadone?

 

Wanita hamil boleh mengambil atau mengikuti rawatan methadone. Pengambilan methadone semasa hamil boleh mencegah keguguran dan tekanan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan kepada bayi.

   

6.

Bagaimana saya / saudara saya boleh mendapatkan rawatan methadone?

 

Anda boleh mendapatkan rawatan methadone dari mana-mana cawangan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) atau Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh Negara yang mempunyai Pegawai/Pakar Perubatan bertauliah bagi menilai tahap kesihatan anda.

   

7.

Adakah rawatan methadone ini percuma?

 

Ya, rawatan methadone ini diberi secara percuma kepada klien AADK.

   

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan detoksifikasi ubat-ubatan?

 

Detoksifikasi adalah satu intervensi bertujuan untuk merawat intoksikasi akut dan gejala tarikan menggunakan ubat-ubatan. Detoksifikasi merupakan satu kaedah untuk mengeluarkan dadah dari sistem badan. Proses detoksifikasi adalah tempoh yang diperlukan oleh sistem fisiologi badan yang sedang membuat menyesuaian tanpa dadah.

   

9.

Bolehkan saya menjalani detoksifikasi sekiranya saya mengalami masalah kesihatan?

 

Boleh. Proses ini akan diselia oleh Pegawai/Pakar Perubatan yang bertugas di fasiliti AADK yang berkenaan.