| 1. | Apakah itu methadone? |
|
| Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur. |
| 2. | Siapakah yang layak mengambil methadone? |
| |
| 3. | Apakah Faedah Daripada Pengambilan Methadone? |
| |
| 4. | Berapa lamakah saya perlu mengambil methadone? |
|
| Sehingga anda pulih dan tidak memerlukan pergantungan terhadap dadah. |
| 5. | Saya hamil, bolehkah saya mengambil atau mengikuti rawatan methadone? |
|
| Wanita hamil boleh mengambil atau mengikuti rawatan methadone. Pengambilan methadone semasa hamil boleh mencegah keguguran dan tekanan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan kepada bayi. |
| 6. | Bagaimana saya / saudara saya boleh mendapatkan rawatan methadone? |
|
| Anda boleh mendapatkan rawatan methadone dari mana-mana cawangan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) atau Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh Negara yang mempunyai Pegawai/Pakar Perubatan bertauliah bagi menilai tahap kesihatan anda. |
| 7. | Adakah rawatan methadone ini percuma? |
|
| Ya, rawatan methadone ini diberi secara percuma kepada klien AADK. |
| 8. | Apakah yang dimaksudkan dengan detoksifikasi ubat-ubatan? |
|
| Detoksifikasi adalah satu intervensi bertujuan untuk merawat intoksikasi akut dan gejala tarikan menggunakan ubat-ubatan. Detoksifikasi merupakan satu kaedah untuk mengeluarkan dadah dari sistem badan. Proses detoksifikasi adalah tempoh yang diperlukan oleh sistem fisiologi badan yang sedang membuat menyesuaian tanpa dadah. |
| 9. | Bolehkan saya menjalani detoksifikasi sekiranya saya mengalami masalah kesihatan? |
|
| Boleh. Proses ini akan diselia oleh Pegawai/Pakar Perubatan yang bertugas di fasiliti AADK yang berkenaan. |







