1.

Nyatakan laman web organisasi antarabangsa yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat mengenai best practices tentang dadah.

 

Antara laman web organisasi antarabangsa yang boleh anda layari ialah seperti National Institute on Drug Abuse (NIDA), United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Department of Mental Health and Substance Abuse (DMHSA), Substance Abuse on Mental Health Services Administration (SAMHSA).

   

2.

Apa itu Malaysia Country Report mengenai dadah?

 

Malaysia Country Report adalah Laporan mengenai situasi dadah di Malaysia yang menggabungkan maklumat dadah daripada pelbagai agensi/jabatan yang menguruskan isu-isu berkaitan dadah. Penyediaan Laporan ini hanyalah bertujuan untuk dibentangkan di Mesyuarat peringkat antarabangsa.

   

3.

Apakah huraian kepada akronim ASOD dan ACCORD?

 

AADK merupakan focal point di peringkat ASEAN di dalam bidang berkaitan dadah. ASOD atau ASEAN Senior Official on Drug Matters adalah mesyuarat yang diadakan secara tahunan bagi membincangkan isu dadah di peringkat serantau terutama mengenai status ASEAN Bebas Dadah 2015. Manakala ACCORD atau ASEAN and China Cooperative Operations in Respon to Dangerous Drugs merupakan kerjasama di antara negara-negara ASEAN dengan kerajaan Repubik Rakyat China bagi memastikan rantau bebas dadah dengan mewujudkan Pelan Tindakan ACCORD 2005-2012 bagi memastikan ASEAN-China Bebas Dadah 2015.