1.

Apakah yang dimaksudkan dengan PPDP?

 

PPDP bermaksud Pusat Pemulihan Dadah Persendirian dimana ianya berdaftar di bawah seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk melaksanakan program dan aktiviti rawatan dan pemulihan kepada residen dan orang yang signifikan dengan mereka di dalam atau di luar premis.

   

2.

Bagaimanakah cara menubuhkan PPDP?

 

Cara menubuhkan PPDP ini ialah dengan cara menghantar surat permohonan rasmi kepada Pengarah AADK Negeri masing-masing dan perlu memenuhi syarat-syarat  tertentu.

   

3.

Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan pendaftaran/pembaharuan PPDP?

 

Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti di Lampiran 1

   

4.

Berapakah tempoh sah laku sijil pendaftaran PPDP?

 

Tempoh sah laku sijil pendaftaran PPDP ini adalah selama 5 tahun sahaja dan perlu diperbaharui setelah tamat tempohnya.

   

5.

Adakah kelulusan operasi yang tamat tempoh perlu diperbaharui?

 

Ya, kelulusan operasi perlu diperbaharui dan kegagalan berbuat demikian sijil boleh ditarik semula oleh pihak Menteri Dalam Negeri.

   

6.

Apakah sebab-sebab yang membolehkan sijil pendaftaran PPDP dibatalkan?

 

Apabila PPDP itu gagal mematuhi terma dan syarat kelulusan bagi penubuhan PPDP seperti di Lampiran 2