1.

Bagaimanakah caranya untuk saya menyalurkan aduan berkenaan aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah di kawasan saya?

 

Pengaduan boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu:

 

 

carta

 

2.

Berapa lamakah saya boleh menerima maklumbalas aduan?

 

Anda boleh menerima maklumbalas aduan dalam tempoh 3 hari bekerja.

   

3.

Adakah pihak saya akan dimaklumkan mengenai sesuatu tindakan yang telah diambil?

 

Segala tindakan yang telah diambil akan dimaklumkan kepada anda.

   

4.

Adakah aduan saya ini akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum?

 

Segala maklumat atau identiti akan dirahsiakan oleh pihak AADK sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang

   

5.

Berapa lamakah seseorang penagih perlu menjalani program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan?

 

Seseorang penagih perlu menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh 2 tahun dan selepas itu menjalani pengawasan selama tempoh 2 tahun di bawah seksyen 6(1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

   

6.

Selepas bebas daripada pusat pemulihan apakah program yang wajib diikuti oleh bekas klien pusat pemulihan?

 

AADK menyediakan modul program rawatan dan pemulihan yang meliputi psikososial, pendidikan kesihatan dan latihan kemahiran & vokasional untuk bekas klien pusat pemulihan di AADK daerah seluruh negara.

   

7.

Apakah tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas bekas klien pusat pemulihan yang tidak mengikuti program selepas keluar dari pusat pemulihan?

 

Apabila mana-mana bekas klien pusat pemulihan yang tidak mengikuti program, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 iaitu apabila disabitkan boleh penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 3 kali sebatan atau kedua-duanya

   

8.

Apakah syarat-syarat pengawasan yang ditetapkan kepada Orang Kena Pengawasan dibawah perintah pengawasan?

 

Terdapat 6 syarat wajib diikuti oleh OKP dibawah perintah pengawasan iaitu:

 

i. OKP hendaklah tinggal di dalam Negeri @ Wilayah Perseketuan di dalam perintah tersebut.

 

ii. Tidak boleh meninggalkan kawasan yang ditetapkan tanpa kebenaran Ketua Pengarah AADK.

 

iii. Melaporkan diri di Balai Polis tempat pengawasan di perintahkan ke atasnya.

 

iv. OKP tidak boleh mengambil,menggunakan atau memiliki dadah berbahaya.

 

v. OKP boleh dikenakan ujian saringan air kencing pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang di perintahkan oleh pegawai.

 

vi. OKP hendaklah mengikuti program rawatan pemulihan yang di sediakan oleh kerajaan.

   

9.

Apakah peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap seseorang penagih dan penyalahguna dadah?

 

Penagih dadah boleh diambil tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

   

10.

Dimanakah saya boleh menyalurkan aduan mengenai aktiviti pengedaran dadah?

 

Sebarang maklumat mengenai pengedaran dadah boleh disalurkan terus ke balai polis berhampiran. AADK juga menerima aduan pengedaran dadah yang akan disalurkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

   

11.

Apakah tindakan yang boleh disabitkan kepada penjamin yang gagal memastikan orang yang dijamin hadir perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan?

 

Penjamin yang gagal membawa Orang Kena Tahan (OKT) menghadiri perbicaraan akan hilang wang jaminannya melainkan mahkamah berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh penjamin.

   

12.

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi penjamin kepada orang yang disyaki?

 

Warganegara Malaysia yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan Orang Kena Tahan (OKT) atau mana-mana orang yang difikirkan layak oleh mahkamah.

   

13.

Bolehkah seseorang yang bukan warganegara Malaysia menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK?

 

Hanya warganegara Malaysia sahaja boleh menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK. Walaubagaimanapun, bukan warganegara Malaysia boleh menjalani rawatan pemulihan dimana-mana pusat pemulihan dadah persendirian yang berdaftar.