| 1. | Bagaimanakah caranya untuk saya menyalurkan aduan berkenaan aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah di kawasan saya? |
|
| Pengaduan boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu: |
|
|
|
| 2. | Berapa lamakah saya boleh menerima maklumbalas aduan? |
|
| Anda boleh menerima maklumbalas aduan dalam tempoh 3 hari bekerja. |
| 3. | Adakah pihak saya akan dimaklumkan mengenai sesuatu tindakan yang telah diambil? |
|
| Segala tindakan yang telah diambil akan dimaklumkan kepada anda. |
| 4. | Adakah aduan saya ini akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum? |
|
| Segala maklumat atau identiti akan dirahsiakan oleh pihak AADK sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang |
| 5. | Berapa lamakah seseorang penagih perlu menjalani program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan? |
|
| Seseorang penagih perlu menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh 2 tahun dan selepas itu menjalani pengawasan selama tempoh 2 tahun di bawah seksyen 6(1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. |
| 6. | Selepas bebas daripada pusat pemulihan apakah program yang wajib diikuti oleh bekas klien pusat pemulihan? |
|
| AADK menyediakan modul program rawatan dan pemulihan yang meliputi psikososial, pendidikan kesihatan dan latihan kemahiran & vokasional untuk bekas klien pusat pemulihan di AADK daerah seluruh negara. |
| 7. | Apakah tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas bekas klien pusat pemulihan yang tidak mengikuti program selepas keluar dari pusat pemulihan? |
|
| Apabila mana-mana bekas klien pusat pemulihan yang tidak mengikuti program, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 iaitu apabila disabitkan boleh penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 3 kali sebatan atau kedua-duanya |
| 8. | Apakah syarat-syarat pengawasan yang ditetapkan kepada Orang Kena Pengawasan dibawah perintah pengawasan? |
|
| Terdapat 6 syarat wajib diikuti oleh OKP dibawah perintah pengawasan iaitu: |
|
| i. OKP hendaklah tinggal di dalam Negeri @ Wilayah Perseketuan di dalam perintah tersebut. |
|
| ii. Tidak boleh meninggalkan kawasan yang ditetapkan tanpa kebenaran Ketua Pengarah AADK. |
|
| iii. Melaporkan diri di Balai Polis tempat pengawasan di perintahkan ke atasnya. |
|
| iv. OKP tidak boleh mengambil,menggunakan atau memiliki dadah berbahaya. |
|
| v. OKP boleh dikenakan ujian saringan air kencing pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang di perintahkan oleh pegawai. |
|
| vi. OKP hendaklah mengikuti program rawatan pemulihan yang di sediakan oleh kerajaan. |
| 9. | Apakah peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap seseorang penagih dan penyalahguna dadah? |
|
| Penagih dadah boleh diambil tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. |
| 10. | Dimanakah saya boleh menyalurkan aduan mengenai aktiviti pengedaran dadah? |
|
| Sebarang maklumat mengenai pengedaran dadah boleh disalurkan terus ke balai polis berhampiran. AADK juga menerima aduan pengedaran dadah yang akan disalurkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. |
| 11. | Apakah tindakan yang boleh disabitkan kepada penjamin yang gagal memastikan orang yang dijamin hadir perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan? |
|
| Penjamin yang gagal membawa Orang Kena Tahan (OKT) menghadiri perbicaraan akan hilang wang jaminannya melainkan mahkamah berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh penjamin. |
| 12. | Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi penjamin kepada orang yang disyaki? |
|
| Warganegara Malaysia yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan Orang Kena Tahan (OKT) atau mana-mana orang yang difikirkan layak oleh mahkamah. |
| 13. | Bolehkah seseorang yang bukan warganegara Malaysia menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK? |
|
| Hanya warganegara Malaysia sahaja boleh menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK. Walaubagaimanapun, bukan warganegara Malaysia boleh menjalani rawatan pemulihan dimana-mana pusat pemulihan dadah persendirian yang berdaftar. |








