PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tindakan Tatatertib

1.

Bolehkah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dinaikkan pangkat?

 

Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selagi tempoh hukuman berkuat kuasa. Pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah tamat tempoh tidak layak tersebut seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009.

   

Penanggungan Kerja

1.

Apakah tafsiran bagi penanggungan kerja?

 

Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yangberkenaan.

   

2.

Dalam situasi bagaimanakah urusan penanggungan kerja dapat dilaksanakan?

 

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

   

Penanggungan Kerja

1.

Apa yang dimaksudkan dengan kenaikan pangkat?

 

Peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatandan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

   

2.

Apakah dasar dan peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan awam Persekutuan?

 

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005].

  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 [P.U.(A)151/1986].

  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (Pindaan) 1994 [P.U.(A)447/1994].

  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (Pindaan) 2005 [P.U.(A)220/2005].

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993 – Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja.

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 – Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib.

   

3.

Bilakah pegawai layak dinaikkan pangkat?

 

Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

   

4.

Apakah faktor yang menentukan seseorang pegawai boleh dinaikkan pangkat?

 

Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2005 [P.U.(A)176/2005], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

  • Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;

  • Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;

  • Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu;

  • Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat; dan

  • Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

   

5.

Bilakah pegawai layak dinaikkan pangkat?

 

Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

   

Lembaga Kenaikan Pangkat

1.

Siapakah ahli-ahli dalam suatu Lembaga Kenaikan Pangkat?

 

Keahlian suatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah seperti mana yang dinyatakan dalam ruangan Keempat Jadual, Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 1986 [P.U.(A)151/1986].

   

2.

Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat dijalankan secara edaran?

 

Suatu Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah bermesyuarat pada suatu tarikh dan di suatu tempat dan pada suatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat tersebut.

   

3.

Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang walaupun terdapat ahlinya yang tidak hadir?

 

Boleh, asalkan kuorum dipenuhi. Kuorom bagi sesuatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah tiga orang termasuk Pengerusi.

   

4.

Siapakah yang boleh melantik Panel Temu Duga untuk kenaikan pangkat?

 

Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

   

Pemangkuan

1.

Apakah tafsiran pemangkuan?

 

Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

   

2.

Bolehkah Ketua Jabatan mengarahkan untuk pegawai memangku sesuatu jawatan?

 

Tidak boleh.Urusan pemangkuan perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat.

   

3.

Bolehkah seseorang pegawai itu dinaikkan pangkat tanpa memangku jawatan tersebut terlebih dahulu?

 

Boleh,tertakluk kepada kelulusan / persetujuan Lembaga Kenaikan Pangkat.

   

4.

Bolehkah pemangkuan seseorang pegawai ditamatkan?

 

Lembaga Kenaikan Pangkat boleh menamatkan pemangkuan pegawai atas asas-asas berikut:

  • Tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam tempoh pemangkuan;

  • Tidak memenuhi syarat untuk dinaikkan pangkat;

  • Menghadapi tindakan tatatertib; dan

  • Sebab-sebab lain yang mewajarkan penamatan pemangkuan.

   

Calon Simpanan Kenaikan Pangkat

1.

Berapa lama tempoh sahlaku untuk calon simpanan?

 

Tempoh sah laku calon simpanan adalah enam bulan. Sekiranya dijangka akan ada kekosongan jawatan selepas tamat tempoh sah laku, Ketua Jabatan boleh memohon kepada Lembaga Kenaikan Pangkat untuk melanjutkan tempoh simpanan pegawai selama enam bulan lagi.

 

 

2.

Adakah calon yang tidak diperakukan dalam sesuatu urusan tidak perlu dimaklumkan keputusan Lembaga tersebut?

 

Semua calon yang dipertimbangkan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat atau pemangkuan hendaklah diberitahu oleh Lembaga Kenaikan Pangkat mengenai keputusannya.