1.

Apakah itu Klinik C&C (cure & care)?

 

Satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan tentang permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Tiada sebarang pra-syarat dan implikasi perundangan yang akan dikenakan terhadap klien.

   

2.

Siapakah yang layak mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C?

  • Penagih dadah.

  • Pengguna dadah.

  • Penyalahguna dadah.

  • Co dependance (ahli keluarga yg terlibat dgn masalah dadah).

   

3.

Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C?

 

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan.

   

4.

Apakah peranan PRS?

  • Mendengar, membantu dan memberi penjelasan tentng perkara yang ingin klien sampaikan tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka.

  • Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengalaman supaya ia tidak menjadi ‘trigger" kepada penagihan semula.

  • Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong antara satu sama lain.

  • Memastikan kelompok tidak dikuasai individu tertentu terutama dalam perbincangan.

  • Mengelak daripada bertanyakan soalan "kenapa" kepada ahli kelompok seperti mempersoalkan tindakan atau motivasi mereka.

  • Mengelak daripada membuat generalisasi.