1.

Apa itu CCSC?

 

Cure and Care Service Center (CCSC) adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dgn permasalahan dadah.

   

2.

Apakah tujuan penubuhan CCSC?

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti. 

  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.

  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan. 

  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan ‘caring‘.

  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.

   

3.

Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan CCSC?

 

CCSC menawarkan dua perkhidmatan iaitu:

  • Jagaan harian (daycare).

  • Residensi. 

   

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jagaan Harian dan Residensi ?

  • Jagaan harian (daycare) adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara harian sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

  • Residensi adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara menawarkan penginapan bagi tempoh 1 – 3 bulan.

   

5.

Apakah syarat dan kriteria klien untuk menjadi residen CCSC?

 

Antara kriteria klien yang boleh diterima sebagai residen adalah:

  • Klien bebas dari menghidap penyakit berjangkit/kronik (cth : HIV AIDS, Tibi, Hepatitis, Penyakit Kusta, Epilepsi).

  • Tidak mempunyai masalah psikatrik (cth : gangguan mental, sakit jiwa).

  • Remaja di bawah umur 18 tahun.

  • Tidak berada di dalam pemerhatian polis atas kes jenayah.

   

6.

Apakah maksud ‘open access' yang diperkenalkan di CCSC?

 

Melalui inisiatif yang diambil daripada Government Transformation Programme (GTP), AADK telah memperkenalkan perkhidmatan open access (kemasukan terbuka) kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah untuk datang secara sukarela, tanpa prasyarat dan tanpa ikatan perundangan ke mana-mana CCSC untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah.

   

7.

Apakah Program Psikososial?

 

Program Psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.