1.

Apakah itu CCRC?

 

Cure & Care Rehabilition Centre ialah pusat rawatan dan pemulihan kepada klien yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

   

2.

Apakah fokus transformasi terhadap CCRC kini?

  • Terdapat penyingkatan tempoh rawatan dan kepulihan klien bergantung kepada prestasi klien (6 – 11 bulan).

  • Program pemulihan memenuhi keperluan kepulihan (tiada lagi sistem fasa 1,2,3 & 4).

  • Perubahan imej baru klien dari segi pakaian dan penampilan.

  • Pendekatan program yang seronok, efektif dan mudah dilaksanakan.