1.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di CCH?

 

Caring Community House (CCH) menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  • Program Bimbingan.

  • Program Kerohanian dan Keagamaan.

  • Pusat khidmat nasihat untuk individu / komuniti mendapatkan maklumat umum berkaitan dadah.

  • Pusat aktiviti rawatan dan pemulihan serta pencegahan dadah.

   

2.

Siapakah yang berperanan menggerakkan aktiviti di CCH?

 

  • Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa CCH yang telah dilantik memainkan peranan utama dalam menggerak dan merancang program-program di CCH.

  • Pihak AADK Daerah yang menyelia kemajuan perlaksanaan program CCH juga turut sama-sama terlibat dalam menjayakan program di CCH.

  • Pembimbing Rakan Sebaya yang telah ditugaskan untuk menjalankan Kelompok Sokong Bantu dan bimbingan kepada klien.

  • Komuniti Setempat.

   

3.

Jika saya berminat untuk menyumbang idea / mempunyai pengalaman atau kemahiran untuk sama-sama menggerakkan CCH, siapakah saya perlu rujuk/ hubungi?

 

Tuan/Puan boleh merujuk atau menghubungi Ketua Pegawai AADK Daerah yang menyelia CCH di kawasan berkenaan untuk berbuat demikian.

 

4.

Bolehkah saya menjadi sebahagian daripada AJK CCH?

 

Boleh, sekiranya anda adalah ahli komuniti di kawasan CCH berkenaan.

   

5.

Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di CCH?

 

1. Individu yang mempunyai permasalahan dadah.
2. Masyarakat Setempat.
3. Orang Awam.
4. Pelajar.
5. Majikan dan Pekerja.
6. Keluarga.