1.

Siapa yang mengajar / mengendalikan program agama?

 

Kakitangan kader JAKIM di AADK yang mengajar bagi agama Islam. Beberapa orang guru agama juga dilantik secara kontrak untuk membantu mengajar agama Islam. Manakala bagi agama-agama lain pula kakitangan AADK (bukan Islam), guru agama-agama lain atau penceramah Psikospiritual Terapi yang dijemput akan melaksanakan program keagamaan.

   

2.

Adakah pesakit outpatient di Klinik C&C 1Malaysia juga boleh mengikuti kelas agama?

 

Ya, pesakit outpatient di Klinik C&C 1Malaysia juga boleh mengikuti kelas agama.

   

3.

Adakah pendekatan Psikospiritual Terapi dapat membantu proses rawatan dan pemulihan terhadap masalah penagihan dadah?

 

Ya, menurut Dr. Muhammad Yusuf Khalid, seorang pakar Psycho-Spiritual Therapy Approach for Drug Addiction Rehabilitation, berpendapat bahawa terapi psiko-kerohanian dalam usaha merawat dan memulihkan penagihan dadah adalah amat berkesan.

 

Sumber Rujukan:
JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA , Dr Muhammad Yusuf Khalid, m/s 143-151