| 1. | Siapa yang mengajar / mengendalikan program agama? |
|
| Kakitangan kader JAKIM di AADK yang mengajar bagi agama Islam. Beberapa orang guru agama juga dilantik secara kontrak untuk membantu mengajar agama Islam. Manakala bagi agama-agama lain pula kakitangan AADK (bukan Islam), guru agama-agama lain atau penceramah Psikospiritual Terapi yang dijemput akan melaksanakan program keagamaan. |
| 2. | Adakah pesakit outpatient di Klinik C&C 1Malaysia juga boleh mengikuti kelas agama? |
|
| Ya, pesakit outpatient di Klinik C&C 1Malaysia juga boleh mengikuti kelas agama. |
| 3. | Adakah pendekatan Psikospiritual Terapi dapat membantu proses rawatan dan pemulihan terhadap masalah penagihan dadah? |
|
| Ya, menurut Dr. Muhammad Yusuf Khalid, seorang pakar Psycho-Spiritual Therapy Approach for Drug Addiction Rehabilitation, berpendapat bahawa terapi psiko-kerohanian dalam usaha merawat dan memulihkan penagihan dadah adalah amat berkesan. |
| Sumber Rujukan: |







