Pengenalan
  • Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti merupakan program susulan (Aftercare) yang disediakan kepada klien yang telah menamatkan program dalam institusi.
  • Melalui Transformasi ,Peranan dan Fungsi yang dahuluinya dilaksanakan melalui peranan Pusat Khidmat AADK (PKAADK) telah diambil alih peranan oleh CCSC melalui rebranding semula dan ditambahbaik dengan meningkatkan lagi fungsi dan peranan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial seperti program bimbingan dan kaunseling, Kelompok Sokongan Sosial (KSS), Kelompok Pencegahan Relaps (KPR), Program Keluarga, Program Early Recovery (ER) dan sebagainya. Selain itu, CCSC turut berfungsi sebagai tempat rujukan dan khidmat nasihat, kemudahan sukan dan riadah, serta Program RTG Metadon sebagai rawatan sokongan kepada klien.
  • Transformasi perkhidmatan di CCSC memfokuskan kepada perkhidmatan yang bersifat prihatin bagi memberikan program rawatan dan pemulihan yang dapat memenuhi keperluan kepulihan klien. Penubuhan CCSC di seluruh kawasan-kawasan hot spot mensasarkan kepada perluasan akses perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela di dalam komuniti kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.

Prinsip Dan Kaedah Kemasukan
  • Datang sendiri secara sukarela.
  • Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dan lain-lain.
  • Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Rujukan dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain.